Projek ini adalah inisiatif JIWA AMAL MALAYSIA untuk membantu Yazid @ Breffa daripada lidahnya dipotong akibat kanser tahap 4 yang menular! Jiwa Amal Malaysia bantu Breffa kumpulkan dana untuk rawatan alternatif seperti Brachytherapy, Radiotherapy, dan Chemotherapy sebagai sinar harapan Breffa meneruskan kehidupannya.
“Saya sedih, saya taknak lidah saya kena potong….. lidah ini asbab anugerah Allah untuk bagi saya cari makan”
-Luahan Breffa kepada sukarelawan Jiwa Amal Malaysia.
TRAGEDI KANSER LIDAH
Sejak 5 Julai 2024 yang lalu, Breffa mengalami luka ulser di bahagian lidah yang pada mulanya dianggap sebagai ulser biasa. Setiap kali bangun tidur, beliau melihat ada kesan darah pada bantalnya dan kejadian ini berlaku dengan kerap sekali. Pada mulanya, beliau beranggapan lidahnya hanya terluka kerana tergigit sewaktu tidur.
Namun begitu, luka ulser tersebut tidak sembuh sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga ia mula membentuk menjadi satu benjolan kecil di lidah Breffa pada 1 Nov 2024. Hari demi hari, benjolan kecil di lidah beliau menjadi semakin besar dan menyakitkan.
Keadaan ini menyurkarkan Breffa untuk makan dan bertutur seperti biasa. Bimbang akan kejadian tersebut, beliau mula mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor gigi. Melihat simptom-simptom kanser pada lidah Breffa, doktor telah merujuk beliau untuk pemeriksaan CT Scan dan mengambil sampel sel di lidah untuk ujian makmal.
Namun begitu, luka ulser tersebut tidak sembuh sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga ia mula membentuk menjadi satu benjolan kecil di lidah Breffa pada 1 Nov 2024. Hari demi hari, benjolan kecil di lidah beliau menjadi semakin besar dan menyakitkan.
REMUK DAN HANCUR HATI BILA DIDIAGNOS DENGAN KANSER TAHAP 2 PADA 25 NOVEMBER 2024
Mengenali perwatakan Breffa yang sentiasa ceria dan peramah, kali ini beliau tidak lagi mampu menyorokkan segala kesedihannya di hati tetapi tetap tabah menerima berita penyakit kanser lidah beliau. Beliau berisiko tinggi untuk dipotong lidah sama ada sebahagian lidah atau sepenuhnya jika sel kanser semakin membengkak dan tidak dirawat segera.
Tanpa berputus asa, melawan penyakit kanser lidah, Breffa diperkenalkan dengan rawatan HyBRIT oleh doktor pakar di USM Bertam, Pulau Pinang. Rawatan HyBRIT ini satu-satunya teknologi di Malaysia untuk rawatan kanser lidah dimana ia boleh mengelakkan lidah daripada dipotong.
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK BANTU?
Kanser di lidah beliau kini telah semakin membesar dan didiagnos pada TAHAP 4 daripada tahap 2 dalam masa beberapa minggu sahaja. Ia juga berisiko tinggi untuk MERAGUT NYAWA Breffa. Tindakan anda untuk membantu hari ini walaupun kecil mampu memberi sinar harapan dan mengubah hidup Breffa untuk kembali sihat dan ceria!
DANA KECEMASAN RM150,000 DIPERLUKAN SEGERA BAGI MENERUSKAN RAWATAN DAN PEMULIHAN
Situasi terkini : Sel kanser tahap 4 telah dihentikan pembesarannya tetapi tidak bermakna sel itu mati. Kami sedang berusaha untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM60,000 (Fasa 2) untuk rawatan lanjutan radioterapi dan kimoterapi juga kelangsungan hidup seperti ubatan juga makanan khas. Breffa selepas ini tiada lagi kelanjar air liur dan deria rasa seumur hidup.